| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Ternakan Ikan Air Tawar

Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Kamunting mengucapkan tahniah kepada Unit Perusahaan dan Unit Pemulihan Institusi di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Kursus Ternakan Ikan Air Tawar  bermula 5 hingga 6 September 2016. Kursus ternakan ikan air tawar ini diadakan bagi mempertingkatkan tahap kualiti kehidupan dan pemulihan penghuni apabila dibebaskan kelak. Seramai 35 penghuni terlibat manakala seramai 18 orang telah terpilih untuk didaftarkan di dalam program SLDN di dalam Bidang Operator Akuakultur Tahap Satu. Kursus seperti ini dapat memberi panduan dan peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan akademik dan memberi kesedaran kepada penghuni bahawa mereka masih mempunyai masa depan.


""