Pada 20 September 2016 (Selasa) bertempat di Perkarangan Dewan Gemilang, Penjara Limbang telah diadakan latihan kebakaran bersama pihak Balai Bomba & Penyelamat Bahagian Limbang. Seramai 8 orang anggota Bomba telah hadir yang diketuai oleh En. Mohd Ali Bin Mohd Salleh, Pegawai Bomba Kanan 2. Dalam latihan tersebut, En. Mohd Ali Bin Mohd Salleh telah memberi taklimat berserta dengan latihan praktikal berkaitan dengan tatacara pengunaan alat pemadam api dan juga beberapa alat-alat lain yang digunakan semasa mengendalikan sesuatu kebakaran. Kakitangan Penjara Limbang juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan teknik menyelamat serta langkah-langkah awal agar kakitangan lebih bersedia apabila menghadapi kemungkinan bencana kebakaran.
""