Kuala Terengganu, 21 September 2016 � Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Ahmad Saidi bin Hamzah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Pegawai Parol Negeri, Pengarah Penjara Marang serta wakil Pengarah Pusat Koreksional Dungun. Kunjungan tersebut diadakan berikutan perlantikan YB Dato' Wan Nawawi bin Wan Ismail sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang baru bagi menggantikan YB Dato' Haji Osman bin Muda yang telah bersara.
Dalam pertemuan tersebut, YB Dato' SUK telah diberi taklimat berkaitan kepenjaraan dan sistem Parol yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia selain memperkenalkan Pengarah Penjara Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai lain serta turut mempromosikan produk yang dihasilkan di Penjara Marang iaitu songket.
""