Pada 27 Ogos 2016 (Sabtu), 9.00 pagi telah berlangsungnya Konvoi Kibar Jalur Gemilang anjuran oleh Jabatan Perpaduan dan Malaysian Prison Bikers (Kedah). Konvoi ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Tajul Urus bin Mat Zain selaku EXCO Pendidikan Negeri Kedah dan Pegawai Daerah. Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Hussin bin Johari turut hadir bagi menyempurnakan upacara flag off kepada para peserta konvoi. Hampir 60 buah motorsikal terlibat dalam konvoi ini yang terdiri daripada ahli Malaysian Prison Bikers (Kedah) dan juga kakitangan Jabatan Perpaduan Negeri Kedah.
""