Pada 23-25 September 2016 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar Jabatan Penjara Tahun 2016 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Pahang. Kejohanan anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia ini dikelolakan bersama oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang dan Penjara Penor, Kuantan. Sebanyak 13 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dimana Pasukan Selangor 'A' berjaya mengekalkan kejuaraan selama 6 musim berturut-turut diikuti Pasukan Selangor 'B' selaku Naib Johan dan Ketiga Bersama disandang oleh Pasukan Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Selain itu turut disampaikan hadiah iringan kepada pemain iaitu Setter Terbaik - IP Mohammad Zulkamal Bin Mohd Saifuddin - Selangor 'B', Spiker terbaik - WP 14685 Ahmad Rahmat bin Mohd Shariff - Selangor 'A' dan Receiver Terbaik - Kpl 13635 Mohd Zahiri bin Shihab - Selangor 'A'.
Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg.KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah YBhg. TKP Dato' Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YBhg. PKK Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, TKP Ibrisam bin Abdul Rahman, Exco MSPM selaku Pegawai Sukan Jabatan, PP Mohd Idlan bin Jamil, Setiausaha Kehormat MSPM, Pengarah-Pengarah Negeri Penjara Zon Timur, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Timur dan Setiausaha Persatuan Bola Tampar Negeri Pahang.
""