Pada 20 September 2016 (Selasa), TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik. Kunjungan hormat ini telah diadakan di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Kuching, Sarawak dan turut dihadiri oleh PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo, KIP Badiozaman bin Aden dan SM Bolhassan Alumi bin Anuaar.
""