Pada 19 September 2016 (Isnin), YBhg. KP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan bersama Pengarah-pengarah Bahagian IPPM telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Beliau juga turut mempengerusikan mesyuarat Pembinaan Pusat Islam di SHG Telok Mas. Dalam lawatan tersebut PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah SHG Melaka telah menyampaikan taklimat perlaksanaan dan perancangan program-program pemulihan ke atas penghuni. YBhg. Dato? turut membuat lawatan ke zon latihan bengkel penghuni dan tapak pembinaan Pusat Islam.
""