Pada 16 September 2016 (Jumaat) satu Lawatan Kerja oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar telah diadakan di Pusat Koreksional Bintulu dan seterusnya menghadiri sambutan Hari Malaysia Ke-53 Peringkat Kebangsaan di Bintulu, Sarawak. Pada sebelah pagi, YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar telah mengadakan lawatan ke Pusat Koreksional Bintulu dan telah disambut oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Salleh bersama Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Beliau diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat dan seterusnya melawat ke dalam penjara dan seterusnya ke tapak pembinaan kuarters kakitangan baru yang sedang dalam pembinaan. Pada sebelah petangnya pula lawatan diteruskan ke Parol Daerah Bintulu, Sarawak. Selesai lawatan ke Penjara Bintulu, YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia Ke-53 Peringkat Kebangsaan di tapak Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak.
""