Bertempat di Perkarangan Masjid Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang, Melaka pada 12.09.2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Qurban Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi Bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Aktiviti yang dilakukan secara gotong-royong telah dibahagi kepada beberapa kumpulan. Sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih untuk diagihankan kepada kakitangan dan masyarakat setempat.
""