Pada 7 September 2016 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat PPP Kem Mahkota Kluang, Johor telah diadakan Mesyuarat NBOS PPP Kem Mahkota Kluang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Mohid Bin Hamzah, Pengarah MARDI Negeri Johor ini melibatkan beberapa agensi antaranya Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Malaysia Institute of Defence And Security (MiDAS).
Mesyuarat menjurus kepada perlaksanaan Projek Tanaman Cendawan di PPP Kem Mahkota Kluang Johor. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah YBhg TKP Dato? Hj Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti IPPM, KP Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, Brig. Jeneral Toh Soon Kiang, Pengarah Kanan MiDAS dan En Wira Bin Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Kanan Sekretariat Dan Perundangan MARDI.
"" Mesyuarat menjurus kepada perlaksanaan Projek Tanaman Cendawan di PPP Kem Mahkota Kluang Johor. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah YBhg TKP Dato? Hj Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti IPPM, KP Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor, Brig. Jeneral Toh Soon Kiang, Pengarah Kanan MiDAS dan En Wira Bin Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Kanan Sekretariat Dan Perundangan MARDI.