Pada 06 Oktober 2016 (Khamis), telah diadakan sesi lawatan dan mesyuarat berkaitan Pembinaan Klinik Penjara dan Kemudahan-Kemudahan Lain di Penjara Pusat Miri. Lawatan tersebut disertai oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri, pihak kontraktor yang telah dipilih serta pihak arkitek bagi projek tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri.
""