Pada 04 Oktober 2016 (Selasa) telah diadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Marang Terengganu. Majlis Perhimpunan dan Pemakaian Pangkat ini telah disempurnakan oleh PKK Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut PKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, PP Hamid bin Taha Timbalan Pengarah Negeri Terengganu serta kakitangan Penjara Marang. Perbarisan Perhimpunan Bulanan telah diketuai oleh PPP Roslan Bin Mohamed dan seramai 7 anggota telah dinaikkan pangkat daripada Kopral TBBK kepada Kopral hakiki, seorang Kopral TBBK dan seorang Pegawai Kanan yang mendapat pengesahan dalam perkhidmatan.
""