| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Penjara Negara Brunei Darussalam Ke Penjara Pusat Miri

Pada 30 September 2016 (Jumaat), seramai (7) orang pegawai dan kakitangan dari Penjara Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ke Penjara Pusat Miri. Delegasi lawatan diketuai oleh Yang Mulia Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Pengarah, Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau perlaksanaan Program Pemulihan Insan (PPI) di samping bagi perkongsian maklumat berkaitan hal-hal kepenjaraan. Lawatan ini juga bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim di antara institusi penjara kedua-dua negara. Auturcara lawatan termasuklah lawatan ke Blok Pemulihan, bengkel, Bilik SKEB dan Galeri Perusahaan dan Industri, dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.


""