Pada 29 September 2016 9Isnin), Lembaga Parol III telah mengadakan Sesi Penilaian Bagi Pembebasan Banduan Untuk Parol di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad. Ketibaan Pengerusi Lembaga Parol III, Y.A Kamarolzaman Bin Abideen dan Ahli Lembaga yang lain disambut oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara DDM. Sesi penilaian bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Selesai sesi penilaian, Ahli Lembaga Parol telah dibawa untuk melawat ke sekitar kawasan agro, jamuan makan, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.
""