| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Negara 2016 SHG Telok Mas, Melaka

Pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka turut bersama-sama rakyat Malaysia seluruh Negara mengadakan aktiviti sempena Sambutan Hari Sukan Negara. Aktiviti Sukan Negara Negara yang bertempat Stadium Mini Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dimulakan dengan senamrobik dan diteruskan dengan acara bola sepak, bola jaring, sukan dalam dewan, sepaktakraw, tarik tali dan futsal. Perasmian sambutan tahun ini telah dirasmikan oleh  PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Sambutan kehadiran amat mengalakan dengan disertai 150 kakitangan dan 120 orang penghuni. Dalam ucapan perasmian Pengarah SHG Melaka beliau berharap Hari Sukan Negara ini dijadikan pencetus agar kakitangan dan penghuni akan teruskan menjalankan aktiviti bersukan setiap hari.


""