Pada 10 hingga 13 Oktober 2016 telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2016 bertempat di Kompleks D, Putrajaya. Konvensyen kali ini melibatkan 37 kumpulan daripada Agensi/ Jabatan di bawah KDN yang terdiri daripada 20 penyertaan bagi kategori pengurusan dan 17 daripada penyertaan bagi kategori teknikal. 6 kumpulan daripada Jabatan Penjara Malaysia telah mewakili konvesyen tersebut iaitu 3 dari kategori teknikal dan 3 dari kategori pengurusan.
KATEGORI | INSTITUSI / KUMPULAN | TAJUK |
Teknikal | Akademi Koreksional Malaysia (Mahogany) | Kesukaran Membuka Floor Gully Cap (FGC) Bagi Kerj-Kerja Penyelenggaraan Paip Septik |
Teknikal | Penjara Sungai Buloh (Evolusi II Perkasa) | Penggunaan ?Wristband? Di Tempat Jumpa Kurang Efisien |
Teknikal | Pejabat Pengarah Negeri Kelantan (Merpati) | Proses Menyedut Madu Lebah Kelulut Di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Tidak Mencapai Sasaran. |
Pengurusan | Penjara Miri (Matahari) | Pengurusan Sisa Buangan Habuk Kayu Dan Kertas Terpakai Di Penjara Miri Kurang Efisyen |
Pengurusan | Sekolah Henry Gurney Telok Mas (Ikon) | Informasi Di Unit Urusetia Sekolah Henry Gurney Melaka Kurang Efektif |
Pengurusan | Penjara Kajang (MYQ) | Penggunaan Kad Perubatan Kesihatan Banduan PPT.154 Kurang Efisien |
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil pada 13 Oktober 2016 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato? Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri. Keputusan Konvensyen akan diumumkan pada 3 November 2016 bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2016.