Kelab Sukan dan Rekreasi, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka Tahun 2016 pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di Dataran Hadapan Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin.
Seramai 70 orang kakitangan dan 150 orang penghuni Pusat Koreksional Jasin yang terdiri dari pelbagai kaum telah menyertai program tersebut. Diantara pengisian program adalah aktiviti sukan perlawanan bola sepak, bola tampar dan sepak takraw antara penghuni dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Turut diadakan acara pertandingan karom, congkak dan dam serta acara sukan kemuncak iaitu sukan tarik tali. Turut hadir bersama bagi merasmikan program tersebut adalah Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang serta Timbalan Penguasa Penjara, Mohd Saizi Bin Ibrahim.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dan penghuni Pusat Koreksional Jasin dalam aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara penghuni dengan kakitangan. Penganjuran Program ini juga memainkan peranan dalam memberi peluang kepada penghuni untuk sama-sama merasai kemeriahan Program Hari Sukan Negara.
"" Seramai 70 orang kakitangan dan 150 orang penghuni Pusat Koreksional Jasin yang terdiri dari pelbagai kaum telah menyertai program tersebut. Diantara pengisian program adalah aktiviti sukan perlawanan bola sepak, bola tampar dan sepak takraw antara penghuni dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin. Turut diadakan acara pertandingan karom, congkak dan dam serta acara sukan kemuncak iaitu sukan tarik tali. Turut hadir bersama bagi merasmikan program tersebut adalah Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang serta Timbalan Penguasa Penjara, Mohd Saizi Bin Ibrahim.