Pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong, Pahang telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Bentong Pahang melibatkan seramai 120 orang kakitangan dan keluarga yang di rasmikan oleh TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PKK Aminon bin Adnan dan PP Azhari bin Zaman. Antara acara yang dijalankan ialah Senamrobik, Merentas Desa, Sukaneka Kanak-Kanak dan Baling Bola Jaring.
""