Bertempat di Kompleks Sukan Penjara Sungai Udang, Melaka pada 08.10.2016 (Sabtu) telah diadakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Sambutan tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. TKJP Dato? Hj. Hassan bin Sakimon Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan Dan Koreksional), YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang bersama lebih kurang 360 orang yang terdiri dari Pegawai Kanan, kakitangan, ahli persiap serta anak kakitangan yang hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Acara yang bermula jam 07.00 pagi dimulakan dengan acara senamrobik dan diteruskan dengan 17 acara sukaneka telah dijalankan.
""