Pada 08 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Ayer Keroh Melaka telah berlangsung Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka. Seramai 50 peserta terdiri daripada anggota Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah beserta ODP (orang di Parol) telah hadir untuk program tersebut.
Aturcara dimulakan dengan tarian zumba dan seterusnya jogging yang di ketuai oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka sejauh 5 kilometer sekitar kawasan tasik . Acara sukan diakhiri dengan acara bebas seperti berkayak di sekitar tasik. Program ini merupakan langkah proaktif ke arah transformasi dalam menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan dan melalui program ini, pelbagai aktiviti sukan dan riadah boleh dijalankan dengan penyertaan di semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, akademik dan agama.
"" Aturcara dimulakan dengan tarian zumba dan seterusnya jogging yang di ketuai oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka sejauh 5 kilometer sekitar kawasan tasik . Acara sukan diakhiri dengan acara bebas seperti berkayak di sekitar tasik. Program ini merupakan langkah proaktif ke arah transformasi dalam menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan dan melalui program ini, pelbagai aktiviti sukan dan riadah boleh dijalankan dengan penyertaan di semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, akademik dan agama.