Pada 08 Oktober 2016 (Sabtu), Unit PPI telah mengadakan aktiviti Sempena Sambutan Hari Sukan Negara, Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 110 orang penghuni terlibat menjayakan program tersebut. Program bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dikalangan penghuni dan memupuk semangat kerjasama serta membina ketrampilan diri yang positif. Antara pengisian program ialah Senamrobik, Sukaneka dan Teka benda dalam botol. Majlis telah disempurnakan oleh TPP Mohd Redzualan Yunus, Timbalan Penguasa Penjara Pusat Kota Kinabalu di Padang Kawad Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""