Pada 7 Oktober 2016, jam 10.00 pagi bertempat di Padang Bolasepak Penghuni Penjara Bentong, Pahang telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Bentong, Pahang yang dirasmikan oleh TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PP Azhari bin Zaman. Seramai 350 orang penghuni lelaki terlibat dalam program ini. Acara yang dijalankan ialah Senamrobik, Bolatampar, Sepakraga Bulatan, Olahgara Mini (100 meter dan 4X100 meter) dan Baling Bola.
""