Pada 06 Oktober 2016 (Khamis), Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara 2016 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam Program Hari Sukan Negara yang disambut pada 08 Oktober 2016. Program ini bermula dengan senamrobik dan diteruskan dengan perlawanan Futsal serta pertandingan Sepak Raga Bulatan. Penghuni yang terlibat adalah seramai 40 orang dipecahkan kepada 4 kumpulan dan telah dimenangi oleh kumpulan Harimau.
""