Pada 30 September 2016 telah diadakan perlawanan bolasepak Piala Bakat KJP Tahun 2016 di antara Penjara Negeri Melaka dan Penjara Negeri Johor. Perlawanan tersebut telah disaksikan oleh TKP Abdul Aziz bin Muhamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Ibrisham bin Abdul Rahman Pegawai Sukan Jabatan Penjara Malaysia dan Pengarah-pengarah Institusi penjara Negeri Melaka dan Johor. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dikalangan kakitangan penjara agar dapat diketengahkan untuk kejohanan Piala FAM pada tahun hadapan, Pada perlawanan tersebut pasukan Penjara Negeri Johor telah berjaya menewaskan pasukan Penjara Negeri Melaka dengan keputusan 4-2. Sebelum perlawanan bermula turut diadakan perlawanan persahabatan diantara penghuni SHG Melaka bertemu Duyung FC dengan keputusan perlawanan dimenangi SHG Melaka agregat 2-1.
""