| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pusat Pemulihan Akhlak Machang,Kelantan telah mengadakan Program Sambutan Hari Negara pada 8.10.2016 (Sabtu) bertempat di dataran Rumah kelab PPA Machang. Majlis dirasmikan oleh PKK Rosdi Bin Ahmad, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Turut dihadiri oleh PP Mahadzair Bin Che Daud Timbalan Pengarah PPA Machang selaku Pengerusi Program. Seramai 150 Kakitangan dan Keluarga menghadiri program ini. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan budaya bersukan di kalangan kakitangan dan keluarga bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Selain itu, aktiviti bersukan juga akan merapatkan hubungan sesama kakitangan tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama apabila mereka sama-sama melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Perlawanan Bola Sepak Akhir Pegawai Kanan, Bola Tampar, Badminton Separuh Akhir dan Akhir Lelaki dan Jalan Seribu Langkah.


""