Pada 15 Oktober 2016 (Sabtu), 10.30 pagi telah berlangsungnya Program
Ride Amal 2016 anjuran oleh Malaysian Prison Bikers bersama KOPEN MAJU
Sdn Bhd, Sonic Mission Crew (SMC), Transport Elite Team (TET) dan juga
Jolobu Bikers bertempat di Air Terjun Sg Gabai, Ulu Langat Selangor.
Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan
kepada anak-anak penduduk tempatan dan juga anak-anak masyarakat asli
yang dikenalpasti dari golongan keluarga yang memerlukan.
Penaja sumbangan adalah dari KOPEN MAJU Sdn Bhd. Pengarahnya iaitu Ms. Wendy Tan berkata, sumbangan beg sekolah, wang tunai, dan juga cenderahati ini diberikan dengan tujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan ini merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang dijalankan oleh syarikatnya dalam bersama-sama membantu masyarakat. Turut hadir adalah Penasihat Malaysian Prison Bikers iaitu TKP Roslan bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Kampung Sg Lui iaitu En Miskon bin Santhee. Seterusnya sumbangan disampaikan oleh wakil dari KOPEN MAJU Sdn Bhd iaitu Puan Siti Zaleha binti Jusoh disaksikan oleh TKP Roslan bin Mohamad. Konvoi ini memulakan perjalanan dari Penjara Kajang melalui jalan Semenyih dengan penyertaan hampir 40 buah motorsikal berkuasa tinggi dari Malaysian Prison Bikers (MPB), Sonic Mission Crew (SMC) dan juga ALM Bikers menuju ke Air Terjun Sg Gabai. Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.
"" Penaja sumbangan adalah dari KOPEN MAJU Sdn Bhd. Pengarahnya iaitu Ms. Wendy Tan berkata, sumbangan beg sekolah, wang tunai, dan juga cenderahati ini diberikan dengan tujuan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan ini merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang dijalankan oleh syarikatnya dalam bersama-sama membantu masyarakat. Turut hadir adalah Penasihat Malaysian Prison Bikers iaitu TKP Roslan bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia.