| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Penjara Seremban

Pada 08.10.2016 (Sabtu), Penjara Seremban telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Seremban. Majlis dirasmikan oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Seramai 126 anggota lain-lain pangkat, ahli-ahli PERSIAP dan keluarga kakitangan terlibat menjayakan program ini. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan budaya bersukan di kalangan kakitangan dan keluarga bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Selain itu, aktiviti bersukan juga akan merapatkan hubungan sesama anggota tanpa mengira bangsa dan agama. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, explorace, tarik tali dan jualan makanan serta minuman. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan tengahari.


""