8 Oktober 2016 (Sabtu) : Bagi memupuk semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat, Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah melaksanakan dengan jayanya Program Hari Sukan Negara 2016 melibatkan kesemua kakitangan dan juga keluarga. Program tersebut berlangsung pada jam 7.00 pagi sehingga jam 11.00 malam dan turut dihadiri oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara DDM. Pengisian program bermula dengan acara senamrobik, berjalan 10 ribu langkah, perlawanan sepak takraw dan diakhiri dengan perlawanan futsal pada sebelah malam.
""