8 Oktober 2016 (Sabtu) : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah melaksanakan dengan jayanya Program Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Penghuni. Program tersebut telah dirasmikan oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara Pra Bebas Dusun Dato? Murad. Pengisian Program Hari Sukan Negara bermula dengan acara bina badan, gusti lengan, pertandingan karom, ping pong, bola tampar dan juga sepak takraw. Program tersebut berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
""