Pada 10 Oktober 2016 (Isnin), Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Miri bagi bulan Oktober tahun 2016 telah diadakan di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Miri, Sarawak. Perhimpunan bermula pada jam 0700 pagi dan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Di samping menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh juga turut menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Bulan Ogos dan September 2016, penyampaian Sijil Tamat Kursus Orientasi bagi Asas Kepenjaraan Peringkat Penjara Miri Bil.1/2016, pemakaian pangkat Koperal Penjara KA 20 (Hakiki) dan Koperal Penjara KA 20 (TBBK).
""