11 Oktober 2016 (Selasa) : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah menerima Lawatan Verifikasi Pentauliahan Tahap 2 Pusat Latihan Dan Syarikat Bagi Pelaksanaan (SLDN) Bidang AF-034-2 Juruteknik Akualkultur (Ternakan Air Tawar). Lawatan tersebut telah dihadiri oleh empat orang Pegawai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya yang diketuai oleh Encik Ahmad Supawi Bin Osman. Sesi lawatan verifikasi bermula dengan mesyuarat/taklimat lawatan dan lawatan ke bengkel/kawasan yang ingin ditauliahkan.
""