| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kecergasan Sempena Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2016 Peringkat Penjara Pusat Miri

Pada 08 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di Taman Negara Gua Niah Miri, Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Program Kecergasan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2016 yang disambut serentak di seluruh negara. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri. Program bermula seawal jam 0630 pagi dan berakhir sekitar jam 0400 petang. Antara objektif program ini adalah untuk menanam semangat kesukanan dan memastikan anggota dan kakitangan sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat antara anggota dan kakitangan institusi ini.


""