Pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) institusi Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan beberapa kegiatan sukan sempena menyambut Hari Sukan Negara bagi Tahun 2016. Penyertaan melibatkan penghuni dan kakitangan pelbagai pangkat di institusi ini. Karnival sukan dirasmikan oleh PKP Faisal Bin Mohamed Noor, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Karnival sukan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari bertempat di Padang Dalam, Pusat Kegiatan PPI, Pusat Koreksional Kamunting. Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah sepak takraw, pingpong, bola sepak dan tarik tali. Acara penutupan diakhiri dengan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dan penyampaian hadiah kepada semua yang mengambil bahagian.
""