Bertempat di Rumah Ngaji, Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) Penjara Sungai Udang, Melaka pada 12.10.2016 (Rabu) telah diadakan Majlis Perasmian Penyerahan Watikah Rumah Ngaji Penjara Sungai Udang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Azwa binti Md Sarif, Timbalan Presiden Urusan Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan turut dihadiri oleh YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang. Penubuhan Rumah Ngaji bertujuan untuk memberi pendidikan kepada penghuni berkaitan dengan pengajian Al-Quran, Hafazan serta pemahaman Pembacaan Al-Quran. Sebagai perantis pertama, seramai 30 orang penghuni telah terpilih untuk menjalani pengajian Al-Quran di Rumah Ngaji.
""