Aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo telah diadakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) dan dimulakan dengan acara senamrobik. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin bin Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, PKP Walace anak Nawon Pengarah Penjara Puncak Borneo, Timbalan Pengarah PP Nazri bin Mohamad bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran Penjara Puncak Borneo. Seramai 105 kakitangan anggota pelbagai pangkat dan ahli keluarga terlibat menjayakan aktiviti ini.
Antara aktiviti sukan yang diadakan pada hari tersebut adalah Senamrobik, Bola Tampar, Futsal, Ping Pong dan Street Soccer.
"" Antara aktiviti sukan yang diadakan pada hari tersebut adalah Senamrobik, Bola Tampar, Futsal, Ping Pong dan Street Soccer.