Pada 08 Oktober 2016 bertempat di Taman Negara Gua Niah Miri, Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Program Kecergasan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2016 yang disambut di seluruh negara. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri. Program bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang. Antara objektif program ini adalah untuk menanam semangat kesukanan dan memastikan anggota dan kakitangan sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat antara anggota dan kakitangan institusi ini.
Di samping program kecergasan, turut diadakan program gotong-royong yang melibatkan lebih kurang 50 orang kakitangan dan keluarga kakitangan di Penjara Pusat Miri yang menduduki kuarters dan flat kakitangan. Program bermula sekitar jam 8.00 pagi. Selain daripada untuk pengisian program sempena Hari Sukan Negara, aktiviti gotong-royong ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan semangat kejiranan yang mementingkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Penjara Pusat Miri juga turut mengadakan program untuk penghuni sempena Hari Sukan Negara Tahun 2016. Program ini diadakan pada 08 Oktober 2016 dan melibatkan lebih kurang seramai 50 orang penghuni. Antara aktiviti sukan yang dijalankan adalah seperti futsal, ping pong, dan senaman aerobik.
"" Di samping program kecergasan, turut diadakan program gotong-royong yang melibatkan lebih kurang 50 orang kakitangan dan keluarga kakitangan di Penjara Pusat Miri yang menduduki kuarters dan flat kakitangan. Program bermula sekitar jam 8.00 pagi. Selain daripada untuk pengisian program sempena Hari Sukan Negara, aktiviti gotong-royong ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan semangat kejiranan yang mementingkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Penjara Pusat Miri juga turut mengadakan program untuk penghuni sempena Hari Sukan Negara Tahun 2016. Program ini diadakan pada 08 Oktober 2016 dan melibatkan lebih kurang seramai 50 orang penghuni. Antara aktiviti sukan yang dijalankan adalah seperti futsal, ping pong, dan senaman aerobik.