| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelan Kontigensi Rusuhan Penjara Pusat Kota Kinabalu Tahun 2016

Latihan Light Strike Force (L.S.F) anggota penjara bagi Pelan Kontigensi Rusuhan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan selama dua hari iaitu pada 19 hingga 20 Oktober 2016 bertempat di Padang Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 30 orang anggota yang terlibat dalam latihan tersebut. IP. Mohammad Nazrul Bin Mandjur selaku Ketua Jurulatih bersama SP. 558 AG. Daud Bin AG. Jual dan SP. 420 Kassim Bin Awang Aman telah memberi penerangan berkenaan latihan Light Strike Force (L.S.F).  Antara isi kandungan latihan tersebut seperti Pengenalan Light Strike Force (L.S.F), Kawad Permulaan, Kawad Asas, Kawad Format Gempur, Kawad Tambahan dan Latihan Simulasi. Pada  penghujung latihan,  peserta latihan Light Strike Force (L.S.F) tersebut telah membuat latihan simulasi rusuhan di dalam kawasan Padang Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu di mana peserta latihan dibahagi kepada dua bahagian iaitu Anggota Light Strike Force (L.S.F) dan Perusuh. Objektif latihan ini diadakan untuk menyediakan garis panduan dan tindakan perlu yang patut diambil oleh setiap anggota supaya rusuhan terkawal dan fungsi-fungsi pengurusan serta tugasan harian lain dapat berjalan lancar.


""