18 Oktober 2016 (Selasa): Mesyuarat penerangan dan lawatan tapak mengenai projek penanaman pisang serta herba telah diadakan di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, dihadiri oleh Prof Madya Dr.Hawa Bt Jaapar, Pengarah UCTC UPM, Dr.Sazali Bin Johari, Pensyarah Kanan Jabatan Rekreasi & EkoPelancongan UPM serta 3 orang pegawai daripada MOSTI dan MTDC. Tujuan mesyuarat dan lawatan tapak tersebut adalah untuk menerapkan ilmu bioteknologi dan mengambil sample tanah untuk proses ujicuba.
""