17 Oktober 2016 (Isnin) : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah menerima lawatan daripada Panel Penilai Anugerah Inovasi Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tahun 2016. Ketibaan barisan Panel Penilai yang seramai 3 orang itu telah disambut oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara DDM. Sesi pembentangan dan penerangan mengenai Projek Inovasi ?Super AV? telah dilakukan oleh Ketua Kumpulan iaitu Encik Nor Azlan Bin Sarmudan. Seterusnya, Panel Penilai dibawa untuk melawat ke sekitar tapak projek tersebut.
""