Pada 08 Oktober 2016 (Sabtu), Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menganjurkan program sukaneka melibatkan ODS serta kakitangan sempena sambutan Hari Sukan Negara bagi tahun 2016. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas. Program dimulakan dengan acara senamrobik melibatkan 398 ODS dan 15 orang kakitangan serta pertandingan Futsal tertutup kakitangan serta Sukaneka ODS Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas.
""