Pada 07 Oktober 2016 (Jumaat) telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu Tahun 2016 bertempat di Dataran Zon Damai Penjara Pusat Sibu. Program tersebut disertai seramai 200 orang pegawai dan penghuni penjara. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamrobik, futsal dan sepak takraw. Program tersebut turut di hadiri oleh TPP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Pusat Sibu, kakitangan dan penghuni Penjara Pusat Sibu.
""