26 Oktober 2016 (Rabu): Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah mengadakan program memasak bubur Asyura bagi kakitangan dan juga keluarga di Surau As-Syifa?. Sebanyak tiga jenis bubur telah dimasak secara bergotong-royong iaitu bubur Asyura Selatan, bubur Asyura Utara dan juga bubur Asyura Pantai Timur. Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara DDM dan turut diadakan solat Zuhur dan solat sunat Hajat berjemaah serta bacaan tahlil. Semangat kerjasama dan bermuafakat dikalangan kakitangan dan keluarga dapat dilihat sepanjang program tersebut berlangsung.
""