Pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Restu Ilmu dan Solat Hajat yang dirasmikan oleh Yang Dihormati Tuan Ayub Bin Hussin, Wakil EXCO Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka .Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Melaka Tengah, Ahli ahli Lembaga Pelawat dan Guru-Guru Halaqah serta keluarga pelajar.
Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada penghuni yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini agar lebih cemerlang dan sentiasa bersemangat. Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Selat Melaka. Turut diadakan ceramah motivasi oleh Ustaz Tuan Haji Md Isa Bin Jolan mantan Ketua Sektor Kaunseling dan Keutuhan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Kemuncak acara ialah ikrar dari pelajar SPM dan restu ilmu dari para guru akademik yang sememangnya mengharapkan segala pengorbanan dan ilmu yang diberikan dibalas dengan pencapaian keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Ikrar guru diketuai oleh En Othman bin Markom Penyelia Akademik.
"" Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada penghuni yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini agar lebih cemerlang dan sentiasa bersemangat. Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Selat Melaka. Turut diadakan ceramah motivasi oleh Ustaz Tuan Haji Md Isa Bin Jolan mantan Ketua Sektor Kaunseling dan Keutuhan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.