| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Institusi Penjara Seremban

Pada 25.10.2016 (Selasa), telah berlangsung Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Peringkat Zon Tengah yang diadakan di Dewan Wawasan, Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Program ini merupakan jalinan kerjasama diantara Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis konvokesyen tersebut, seramai (102) perantis yang terdiri daripada (38) perantis Penjara Seremban, (18) perantis Penjara Kajang, (12) perantis Penjara Wanita Kajang, (11) perantis Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, (8) perantis Penjara Sungai Buloh, (8) perantis Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan (7) perantis dari Metro Driving Academy Sdn. Bhd. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh En. Mohamad bin Yaacob, Pengarah Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional, Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Pengarah AADK Negeri Sembilan, Pengarah RELA Negeri Sembilan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah-Pengarah Institusi Zon Tengah. Disamping itu juga terdapat pameran daripada Institusi Latihan Perindustrian, Pedas, Open University Malaysia, Seremban, Metro Driving Academy Sdn. Bhd dan juga pameran daripada Penjara Wanita Kajang.


""