Buat julung kalinya, pada 01 November 2016 (Selasa) Unit Program Pembangunan Insan (PPI) PPA / Pusat Koreksional Machang telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Menurut Hukum Syarak bertempat di bilik kuliah Zaa?ba yang melibatkan seramai 90 orang penghuni dan 20 orang kakitangan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Machang, PP Mahadzair bin Che Daud. Seterusnya kursus diteruskan dengan ceramah penyembelihan halal yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Raja Mohd Alias bin Raja Ali, Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM). Seterusnya kakitangan dan penghuni melakukan praktikal penyembelihan halal sebanyak 18 ekor ayam. Kursus penyembelihan halal ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang positif kepada penghuni.
""