| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Asas Kebakaran Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Cawangan Miri

Pada 4 November 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri, Unit Latihan Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Kursus Asas Kebakaran bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Cawangan Miri diketuai oleh Aloysius Ganang dan dibantu oleh 2 anggota. Seramai 20  anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri telah menyertai kursus tersebut. Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan cara untuk menyelamatkan diri sekiranya  berlaku kebakaran serta memberi pengetahuan kepada anggota dan kakitangan tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran sama ada di rumah dan di tempat kerja.


""