Unit Akademik Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Amanat kepada calon SPM 2016 bertempat di Dewan Unit Akademik pada 2 November 2016 (Rabu). Pada tahun ini seramai 80 orang calon akan menduduki SPM bermula pada 7-30 November 2016. PKP Abdul Rahman Bin Taib, Pengarah sekolah Henry Gurney, Telok Mas dalam amanatnya kepada calon SPM mengingatkan calon agar membuat persiapan dari segi mental dan fizikal serta sentiasa menjaga kesihatan, disiplin dan bertawakal kepada Allah. Beliau mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan. Wakil dari Yayasan Teach For Malaysia turut memberi kata-kata semangat sebagai motivasi untuk calon yang akan menduduki peperiksaan SPM.
""