| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Memperkasakan Tugas Dan Tanggungjawab Sub Inspektor dan Sarjan Mejar Peringkat Penjara Negeri Melaka

Pada 9 November 2016 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah diadakan Taklimat Memperkasakan Tugas Dan Tanggungjawab Sub Inspektor dan Sarjan Mejar Penjara. Seramai (2) Sub Inspektor dan (14) Sarjan Mejar dari institusi Penjara dalam negeri Melaka telah menghadiri taklimat tersebut. Objektif taklimat ini adalah merupakan usaha bagi meningkatkan prestasi kerjaya di kalangan Sub Inspektor dan Sarjan Mejar Penjara sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Taklimat ini telah disampaikan oleh PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Sulan Bin Hj Bachik dari Penjara Sungai Udang. Taklimat tersebut telah didahului dengan ucapan alu-aluan oleh PKP Delber Singh A/L Sadhu Singh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka.


""