Pada 09.11.2016 (Rabu), Penjara Seremban telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Hari Deepavali yang melibatkan seramai 10 orang penghuni dan bersama 43 ahli keluarga di perkarangan Pejabat Penerimaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Majlis turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Hindu Sanggam, Negeri Sembilan.
Majlis dihiburkan dengan nyanyian oleh penghuni, tarian tradisional dan penyampaian cendermata daripada penghuni kepada keluarga masing-masing. Menerusi pendekatan program ini, dapat memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Deepavali bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah.
"" Majlis dihiburkan dengan nyanyian oleh penghuni, tarian tradisional dan penyampaian cendermata daripada penghuni kepada keluarga masing-masing. Menerusi pendekatan program ini, dapat memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Deepavali bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah.