Pada 04 hingga 06 November 2016, Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat WP Labuan bagi tahun 2016. Program yang melibatkan 32 orang kadet merupakan program perkhemahan yang julung kalinya diadakan di institusi dan melibatkan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan WP Labuan dan SMK Taman Perumahan Bedaun. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan ini adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), lawatan ke penjara, latihan Kawad dan SENTAP, aktiviti Jalan Lasak, Malam Kebudayaan dan Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk semangat dan menggilap potensi diri, meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental pelajar untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang. Pada hari terakhir perkhemahan telah diadakan majlis penutupan dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Nora Binti Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah / WP Labuan.
""